Quantcast
Channel: Amateur Radio Station : 9W2VVH (EX-9W6VH)
Viewing all 42 articles
Browse latest View live

My 1st Contest Award - JIDX CONTEST 2010 PHONE

$
0
0
8 Okt 2011 - satu lagi rentetan sejarah radio amatur saya terukir apabila menerima Sijil Japan International DX Contest (JIDX Contest) kategori Phone Single Operator Single Band (SOSB) di 10M band.

Bagi stesen radio amatur dari Jepun, Objektif JIDX ini adalah membuat seberapa banyak contact dengan stesen DX  luar dari Jepun manakala bagi stesen DX pula membuat seberapa banyak contact dengan JA stn ,

Propagasi ketika itu tidaklah berapa baik, saya hanya berjaya bekerja dengan enam stesen Jepun iaitu JA6WJL, JM1LPN, JI1LET, JA1WEE, JH1OCC, JA7OWD yang membawa markah sebanyak 72 point.

Apa yang menarik perhatian saya adalah sikap stesen JA yang begitu sabar melayan setiap panggilan yang diterima sehinggalah kedua-dua pihak dapat confirmcallsign...

9W2VVH in CQWW SSB 2011 - SOSB 10M QRP

$
0
0






BADAIMU KUHARUNGI JUA(Khas buat rakan-rakan QRP)


Ibarat perahu* menongkah badai

di samudera tidak bertepi... 
terumbang ambing mencari haluan ke pelabuhan**...
walau destinasi pelabuhan dalam jangkauan...
belum tentu punya tempat
untuk berlabuh dengan aman
dek dihimpit oleh bot-bot*** dan kapal-kapal****
yang juga mahukan ruang berlabuh di sana...
namun,
badaimu tetapku harungi jua
dengan azam membara
berkat kesabaran dijiwa
berkat kesungguhan berkayuh
berbekalkan tenaga seadanya
akhirnya...
berjaya juga sauh dilabuhkan
di pelabuhan harapan... satu kepuasan!

Nukilan rasa Arieza MH
2 November 2011 5.18pm


Petunjuk:
* QRP Stn (<5W)
** Contest/DX Stn 
*** Low Power Stn (<100W)
**** High Power Stn (>100W - 1.5KW)

Demikianlah sebuah sajak analogi saya semasa menyertai CQWW SSB Contest 2011 dalam ketegori Single Operator Single Band - 10M QRP baru-baru ini. Sesungguhnya kategori QRP ini memang memberikan pengajaran yang berguna... kesabaran dan kesungguhan dituntut sepenuhnya dalam mendapatkan satu-satu contact dengan contest/DX stn... selain dihimpit oleh stn yang menggunakan kuasa besar... cabaran juga datang daripada QRM dan keadaan propagasi yang tidak menentu... memang geram apabila mendengar contest/DX stn yang begitu kuat signalnya tapi bila dipanggil tidak respond panggilan kita.... jadi apabila sebagai QRP stn, kena faham bahawa kuasa TX 5W tentunya kalah dengan kuasa TX yang lebih tinggi. Di samping itu, kedudukan geografi sesuatu stn yang cuba dihubungi dan keadaan propagasi menjadi faktor penentu sama ada berjaya atau tidak contact yang dibuat... pokoknya, tingkatkan kesabaran dan terus membuat panggilan kepada contest/DX stn... dan dengan bantuan propagasi... panggilan kita akan dapat mencelah di sebalik signal TX kuasa besar dan QRM tersebut...

Keseluruhan, saya berjaya bekerja dengan 39 stn dari 9 DXCC dan 12 Zone. Pencapaian terbaik QRP saya ialah ke Zone 16 (Ukraine) dan Zone 31 (Hawaii Is). Berikut adalah senarai stn yang berjaya dihubungi semasa kontes :

1. AH2R 59 27
2. KH2L 59 27
3. WH2X 59 27
4. JH4UTP 59 25
5. J03DDD 59 25
6. DV1JM 59 27
7. VR2XLN 59 24
8. JH6AUS 59 25
9. WH7M 59 31
10. VR2XMT 59 24
11. BX5AA 59 24
12. BV100 59 24
13. VK1CC 59 30
14. VK6DU 59 29
15. VK6DXI 59 29
16. VI6NC 59 29
17. VK7ZE 59 30
18. BM100 59 24
19. VK4BOF 59 30
20. VK8DX 59 29
21. JA3YBK 59 25
22. UZ2M 59 16
23. UU7J 59 16
24. VU3DJQ 59 22
25. JM1LRQ 59 25
26. JF1SEK 59 25
27. UR3HC 59 16
28. VK4MA 59 30
29. VK3TDX 59 30
30. YB3IZK 59 28
31. JA5FDJ 59 25
32. YE2R 59 28
33. B7P 59 24
34. YB1C 59 28
35. JL3RNZ 59 25
36. JA6WFM 59 25
37. JH2MYN 59 25
38. JH3PRR 59 25
39. JL1HOV 59 25

Kembar nama = ARIE PD0ARI

$
0
0
Cari juga gambar kembarku ini tapi yang jumpa video kembarku sedang QSO di 20m semasa MM....

Selama 'belayar' di laut 10m... inilah pertama kali jumpa kembar nama ARIE. Callsign kembarku ini PD0ARI dari Belanda. QSO berlaku sekitar 0822utc  semasa CQing di frekuensi 28.477MHz pada 29 Nov. 2011 dari 0730 utc - 0900 utc . 

Pada hari tersebut, saya berjaya bekerja dengan 32 stesen dari 12 DXCC. Arah antenna ke benua Eropah.
Berikut ringkasan stesen yang berjaya dihubungi.
1. USA - WA6DON
2. Ukraine - UR4MSF, UT9ED, US4MW, UR6LEY, UX6IA
3. Russia - RK9YZO, R3DZ, UA4HDB, UA3TCJ, RA3ARU, RZ3DEV, R2DW, RW3QM, RA3RHM
4. England - G0UIQ
5. Germany - DK1AQ, DF1SX
6. New Zealand - ZL2IFB
7. France - F6BIA, F5NPS, F6ARS, F8FLK
8. Romania - YO3HBK
9. Poland - SP3BHI
10. Italy - IZ3AYS, I4YSS
11. Japan - JA3DPX
12. Netherlands - PD0ARI, PD1AIH, PH9HB

73 de ARIE 9W2VVH

My 1st Mobile QSO

$
0
0
Yaesu FT857D & MFJ900 in my mobile
Pasangan duet Yaesu FT857D dan MFJ 900 digandingkan dengan antenna Diamond HF10FX telah membuahkan hasil mobile QSO pertamaku pada petang Khamis (26 Jan 2012) di frekuensi 28.490MHz. Signal report my 55 & his 57.

Setelah beberapa kali membuat panggilan dari mobile station, akhirnya panggilan saya 9W2VVH/M mendapat respond positif.

Ketika itu AX8NSB (VK8NSB) yang sedang pile-up telah memberi laluan kepada saya.... "Standby all station... pse go a head the station with Victor and Mobile..."  Sayangnya, saya tidak sempat merakam video detik bersejarah itu kerana tidak menyangka saya dapat QSO dengannya... apa pun, satu kepuasan tersendiri bila berjaya bekerja dari mobile stn.

HF Mobile Diamond HF10FX

Jumpa lagi de 9W2VVH/M

Melangkah ke APRS

$
0
0
Automatic Position Reporting System (APRS) adalah berasakan sistem digital dalam komunikasi Radio Amatur. Sistem ini menghantar dan menerima data kepada Sistem Internet APRS (APRS-IS) yang mengandungi maklumat koordinat GPS secara "real time" dan dapat diakses di web www.aprs.fi. APRS dapat menghantar/menerima mesej, amaran, pengumuman dan buletin selain memaparkan lokasi terkini di atas peta. Demikian serba ringkas tentang APRS...
Saya melangkah kaki ke dunia APRS apabila menerima Mini Tracker APRS daripada seorang rakan. Peralatan asas tersebut diterima pada 29 Jan 2012. Beberapa percubaan awal yang dipasang pada jalopy tidak berjaya walaupun melalui kawasan lembah kelang yang mempunyai beberapa iGate yang dibangunkan oleh beberapa rakan yang sememangnya arif dan aktif dalam APRS.


9W2VVH-9 muncul di UI-View32 tetapi
tidak timbul di aprs.fi
Melalui chat bersama Bonar 9W2CEH mencadangkan saya supaya membangunkan iGate sendiri di Sungai Besar menggunakan sofware dan sound card komputer. Pada 12 Feb 2012, saya install beberapa software berkenaan antaranya AWG-PE dan UI-View32. Melalui toturial di blog Zaki 9W2KEY ( http://9w2key.blogspot.com/2011/07/igate-setup.html ) saya mengikuti setiap langkah dan berjaya mengaktifkan iGate APRS di Sungai Besar. Mini Tracker APRS saya (9W2VVH-9) dapat dikesan oleh UI-View32 tetapi tidak muncul di laman aprs.fi...

Seterusnya, menggunakan kecanggihan sistem komputer yang membolehkan PC dikawal dari jauh (remote pc) Bonar 9W2CEH telah reconfigure semua software berkaitan dan berjaya mengesan masalah teknikal yang menyebabkan 9W2VVH-9 tidak muncul di internet...

My 1st APRS Journey via 9W2VVH-9
Pada 14 Feb 2012, alat ganti mini tracker telah diterima dan uji pancar yang dilakukan telah berjaya... 9W2VVH-9 telah berjaya dikesan oleh iGate 9W2VVH dan seterusnya data dihantar ke internet dan boleh dilihat di www.aprs.fi

Terima kasih kepada 9W2CEH, 9W2KEY dan semua rakan yang membantu dan memberi sokongan kepada saya untuk lebih memahami dunia APRS. Jika berminat, boleh join di FB MyAPRS (Malaysia APRS Group).

Sedikit maklumat sistem pengenalan bagi stesen APRS
APRS SSID
-0 Your primary station usually fixed and message capable
-1 generic additional station, digi, mobile, wx, etc
-2 generic additional station, digi, mobile, wx, etc
-3 generic additional station, digi, mobile, wx, etc
-4 generic additional station, digi, mobile, wx, etc
-5 Other network sources (Dstar, Iphones, Blackberry's etc)
-6 Special activity, Satellite ops, camping or 6 meters, etc
-7 walkie talkies, HT's or other human portable
-8 boats, sailboats, RV's or second main mobile
-9 Primary Mobile (usually message capable)
-10 internet, Igates, echolink, winlink, AVRS, APRN, etc
-11 balloons, aircraft, spacecraft, etc
-12 APRStt, DTMF, RFID, devices, one-way trackers*, etc
-13 Weather stations
-14 Truckers or generally full time drivers
-15 generic additional station, digi, mobile, wx, etc

9M0L - My new DXCC QSO

$
0
0
:) Gembira apabila dapat bekerja dengan stesen 9M0L op Neoh 9M2CLN pada 15 April 2012, 1330utc di frekeunsi 28.405MHz dan merupakan DXCC terbaru saya.

Maklumat lanjut tentang DXpedition 9M0L sila ke link berikut : http://9m0l.legendchew.com/

Nota : Terima kasih AZAM 9W2WWW atas msg anda....



Spider Beam Amtenna 6-80m

Where is Layang-Layang island?


SWL QSL Card De OM3-0234 Slovakia

$
0
0
Baru je sembang pasal SWL QSL Card dengan Raja 9W2DNI di FB Chat... tengok-tengok dalam mail box... ada lak SWL QSL Card dari Daras OM3-0234 baru berusia 11 tahun...


Wah, bagus tu... baru 11 tahun dah berjinak sebagai SWL di HF band... Mengikut kad tersebut, dia monitor saya QSO dengan 7Z1SJ pada 25 Mac lalu dengan rpt 59.

Jadi, bagi rakan-rakan yang dah ada HF rig tu.... jadi SWL pun ok juga.... pun boleh dapat QSL kad... janji hantar report QSO stesen yang dimonitor dan dengan siapa dia bekerja... tulis tarikh, masa, frekuansi/band dan signal report... dah pos... tunggu la dlm 2 minggu atau lebih untuk QSL balasan... selamat mencuba....

Lagu Pengakap - Kenangan Bersamamu

$
0
0


Idea & melodi lagu ini sebenarnya tercetus semasa saya menunggang motorsikal Yamaha YB 100 dari Sekinchan ke Sungai Congkak... kalau tak silap pada tahun 1997. Ketika itu Kumpulan Latihan Kelanasiswa UPM mengadakan aktiviti Kem Pendedahan di sana... dan lagu ini kali pertama dinyanyikan semasa malam kebudayaan kem tersebut.... berikut lirik lagu Kenangan Bersamamu...

KENANGAN BERSAMAMU
Masihku ingat lagi
Kenangan bersamamu kawan
Kita pergi berkhemah
Dan juga mengembara…

Bagaikan satu keluarga
Kita gembira kawan
Saling bantu membantu
Bagai isi dan kuku…

Betapa indahnya
Kenangan bersamamu kawan
Akan ku sematkan
Di dalam memori… oh ho…

Takkan dapat kulupa
Kenangan bersamamu kawan
Akan ku abadikan…
Di sudut memori



ALL ASIAN DX CONTEST 2011 - 1st in West Malaysia

$
0
0
13 Jun 2012 - Petang ini saya menerima Sijil Penyertaan All Asian DX Contest 2011 yang telah berlangsung pada 4 & 5 September 2011 yang lalu.  Keunikan dalam contest ini ialah pertukaran maklumat iaitu laporan signal dan umur. Tidak seperti contest lain yang biasa memberi nombor bersiri....

Berikut petikan laporan saya dalam Tony's 10 Metre Band terbitan 8 September 2011 -

Arie, 9W2VVH, had a good weekend. He says,
“AA Contest SSB 2011 Sunday 4 sept 2011. Managed 114 QSOs from 15 DXCC = KH6, KH2, JA, VR, BY, PY, BV, OH*, UA, UR, I, ES*, YL*, OZ* & YB.* New DXCC. Best QSOs with JO3XGY (Young op = 10 yrs old),JA7JH (Older op = 82 years old) and 7N2UQC & IT9/IW0HBY same as me 38 years old.”


Posting saya di blog ini pada 8 September http://9w2vvh.blogspot.com/2011/09/9w2vvh-aa-contest-ssb-2011-log.html juga berkaitan.
Keputusan penuh peserta 9M2/9M6 land yang mengambil bahagian:
* WEST MALAYSIA 9M2IDJ 10H 262 784 35 27440
* WEST MALAYSIA 9W2VVH 10L 113 314 15 4710
* WEST MALAYSIA 9M2CQC AH 1044 1907 115 219305
   WEST MALAYSIA 9M2NNM AH 824 1948 105 204540
* WEST MALAYSIA 9M2ESM AL 271 680 68 46240
   WEST MALAYSIA 9M2/JE1SCJ AL 152 270 41 11070
* EAST MALAYSIA 9W6ZAM 10 25 50 19 950
* EAST MALAYSIA 9M6YBG 15 819 819 173 141687
   EAST MALAYSIA 9M6TAN 15 318 318 109 34662

Note: *pemenang bagi setiap kategori.
Sumber: http://www.jarl.or.jp/English/4_Library/A-4-3_Contests/2011/AA2011ph-entire.html

Terima kasih kepada JARL selaku pengajur AA DX Contest. Moga dapat mengambil bahagian dalam contest ini lagi.

73 de Arie 9W2VVH

9M2 Land 10M CQ Day 2012

$
0
0
9M2 Land 10M CQ Day 2012
Date : 23 Jun 2012 ( Sabtu )
Time : 0900utc/1700mst hingga puas hati...


All these stations will qrv and make cq on the stated frequency from the different place in 9M2 Land. The purpose of the event is to foster DXing activities in 9M2 Land
  1. 9M2ZAK 28.403
  2. 9M2ESM 28.417
  3. 9W2VAR 28.460
  4. 9M2KRZ 28.465
  5. 9W2SBL 28.470
  6. 9W2MZY 28.475
  7. 9W2SGN 28.480
  8. 9W2ZLH 28.485
  9. 9W2SBD 28.488
  10. 9W2JFF 28.490
  11. 9W2EJT 28.4988
  12. 9W2GEO 28.505
  13. 9W2VVH 28.511
  14. 9W2JDD/9W2CCM 28.515
  15. 9W2TS 28.520
 Support by
  • 9M2ZAK
  • 9M2ESM
  • 9W2RMT
  • 9M2GET
  • 9M2BAL

Special Award for the 75 anniversary of the RL (Luxemburg)

$
0
0
 
1. General Information
The RL was founded 1937 and we are proud to celebrate our 75th anniversary.
Today we have 383 active members.
2. Rules
The Award is available to licensed radio amateurs and shortwave-listeners.
Activity is from January 1st, 2012 to December 31st, 2012. Two way contacts on HF bands (160 to 10 meters and 6 meters) must be established. Contacts made via active earthbound reflectors, repeaters and EchoLink may not be counted. There is no restriction on the mode used.
Applicants should submit a list showing the date, station worked or heard, time, frequency and mode duly certified by two licenced radio amateurs or by the award manager of their society.
Please use our application form available on the RL-website www.rlx.lu.
Any dispute concerning the award shall be settled by the RL Board.
Each award is numbered.
Each contact with the Club Station LX75RL counts 50 points
Each contact with the Headquarter Station LX75HQ counts 50 points
(LX75HQ is only active during the Headquarter contest)
Each contact with any other LX station counts 5 points
 Examples:
LX75RL on 7 MHz CW
50 pts
LX75RL on 7 MHz RTTY
50 pts
LX75HQ on 10 MHz CW
50 pts
LX75HQ on 21 MHz CW
50 pts
LX2A on 28 MHz SSB
5 pts
LX9UN on 14 MHz SSB
5 pts
LX1JX on 50 MHz CW
5 pts
Total Score
215 pts
 3. Award categories
Bronze
100 points
Silver
250 points
Gold
500 points
 4. Applications
The application fee is USD 8 or EUR 5.
 Applications shall be sent to:
Réseau Luxembourgeois des Amateurs d’Ondes Courtes
Award Manager
P.O. Box 1352
L-1013 Luxembourg
(Please check if your postal service is able to deliver mail to Post Office Boxes. Please also send an email to the Award manager to inform him that you sent out your application)
 Important information: Awards will not be sent out before autumn 2012. Applications can be sent earlier! Award numbers will be distributed as by the date of the incoming mail with the application form.
 5. LX75RL Activities
In order to use the special callsign LX75RL you need to be a member of the RL. Please contact the award and station manager Philippe LX2A for registration. After activation please sent the logs in ADIF format to Philippe at lx75rl arlx.lu
All QSOs will be uploaded on LoTW and QSL-cards will be sent via GlobalQSL service.
Important information: No Contest participation with the callsign LX75RL is allowed. Contest participation means more than 1000 QSOs with the aim to win or get a high rank in the competition.

Laporan Aktiviti 9M2L10MCQD

$
0
0
Alhamdulillah, berkat kerjasama, kesungguhan dan kesabaran, aktiviti "9M2 Land 10M CQ Day" pada 23 Jun bermula 0900utc hingga 1700utc lalu yang dicetuskan oleh Salehan 9W2SBD dengan sokongan rakan-rakan FB My10Mg telah berlangsung dengan jayanya.

Seramai 18 operator mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut iaitu 1. 9M2ESM (49 QSOs) 2. 9W2VVH (42) 3. 9W2VAR (39) 4. 9W2EJT (23) 5. 9M2ZAK (22) 6. 9M2GET (22) 7. 9M4LHC (18) 8. 9W2TS (9) 9. 9W2MZY (7) 10. 9W2GEO (7) 11. 9W2ZHL (6) 12. 9M2KRZ (5) 13. 9W2SBD (4) 14. 9W2SGN (3) 15. 9W2AZE (3) 16. 9W2EDU (3) 17. 9W2SBL (1) 18. 9W2AHU (1).

Propagasi yang agak membuka pada sebelah petang berbanding sebelah malam menyaksikan DX stn menghala antena ke arah 9M2 land lantas mewujudkan pile-up kepada beberapa stesyen tempatan. Keseluruhan, sejumlah 264 QSOs dari 33 DXCC yang berjaya dihubungi :
4S7, 4X, 9H, 9M2, A6, BY, CT, DU, DL, EA, EA6, EA8, F, HA, HB, HL, I, JA, K, LZ, OE, OM, PA, S5, SV, SV9, TK, UA, UK, UR, VU, YB & YO.
TOP 3 SSB: 1. 9M2ESM (49 QSOs), 2. 9W2VVH (42), 3. 9W2VAR (39)

TOP 3 CW: 1. 9M2GET (22),  2. 9M2ZAK (22) - hanya 2 stn shj bagi kategori ini... hi hi

TOP 3 DXCC: 1. ITALY (59), 2. UKRAINE (36), 3. SPAIN (25)

Berikut stesyen DX yang berjaya bekerja dengan sekurang-kurangnya 3 local stn:

UR6IDXUT4I0SV9AHZYB0AKMIK5PWQI1JHSIK8MDKEA7AAF
19W2VVH9W2VVH9M2ESM9M2ESM9M2ESM9M2ESM9M2ESM9M2ESM
29W2EJT9W2EJT9W2VVH9W2VAR9W2VVH9M2KRZ9W2VAR9W2VAR
39W2GEO9W2GEO9W2EJT9W2EJT9W2EJT9W2VVH9W2EJT9W2EJT
49M3KRZ9W2AZE9W2VAR9W2GEO9W2VAR9W2VAR9M4LHC9M4LHC
59W2MZY9W2MZY9W2TS9M4LHC9M4LHC
69W2VAR9W2VAR
79M2ZAK9W2ZHL
89M2GET9M4LHC
CU3EJUT7AEIZ0HQSI5QNJSV2YCA65CRRZ6BSBG8GAMHA7TM
19M2ESM9M2ESM9M2ESM9M2ESM9M2ESM9W2VVH9W2VAR9W2VAR9W2EJT
29W2VVH9W2VAR9W2VVH9W2VAR9W2VAR9W2VAR9W2AZE9W2EJT9M4LHC
39W2EJT9W2EJT9M4LHC9M4LHC9W2EJT9W2MZY9M4LHC9M4LHC9W2VAR

Di samping DX QSO, bonus kepada beberapa rakan kerana dapat local QSO:

LOCAL QSO
1. 9W2ZHL9M2ESM, 9W2SBL & 9W2AHU
2. 9W2TS9W2EDU & 9W2RHQ
3. 9M2ESM9W2EJT & 9W2ZHL
4. 9W2EDU9W2GEO & 9W2TS
5. 9W2EDU9W2GEO
6. 9W2SBL9W2ZHL
7. 9W2SBD9W2SGN
8. 9W2SGN9W2SBD
9. 9W2GEO9W2EDU
10. 9W2EJT9M2ESM
11. 9W2AHU9W2ZHL

Tahniah kepada semua rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Boleh dianggap aktiviti julung-julung kali diadakan ini - DXing beramai-ramai dalam satu masa - menjadi pemangkin kepada pengibatan lebih ramai 9W dalam 10m band dan aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti tahunan yang akan dinanti-nantikan oleh DX stn dari seluruh dunia!

9M0L QSL Tnx

$
0
0

Selain teruja dapat QSO dengan stesyen DXpedition 9M0L Pulau Layang-layang - Kepulauan Spratly, contact tersebut juga menjadi DXCC baru saya.

Tentunya QSL tnx daripada stesyen 9M0L sesuatu yang sangat mengembirakan pagi ini. Sememangnya dapat bekerja dengan 9M0L menjadi sejarah dalam bergiat di 10m band dan hanya sesekali ada stesyen radio amatur yang bereoperasi dari tempat tersebut....

73 de Arie 9W2VVH

Kad QSL Khas Sempena 9M2L10MCQD

$
0
0
QSL kad khas sempena aktiviti 9M2 Land 10M CQ Day 2012 yang telah berlangsung pada 23 Jun 2012 yang lalu. QSL ini akan diguna sebagai comfirmation kepada QSL yang diterima daripada DX stn.

Berikut adalah QSL pertama yang saya terima dari BG8EHZ sempena event tersebut...

Contest Oh Contest

$
0
0
Sedar tak sedar rupa-rupanya saya sudah menyertai 14 contest sejak 2008 bermula CQ WPX 2008 hinggalah yang terbaru - IARU HF Championship 2012. Berikut senarai contest yang telah disertai:
1. CQ WPX Contest 2008 (30.3.08), 6 QSOs
2. CQ WPX Contest 2009 (29.3.09), 2 QSOs
3. All Asia Contest 2009 (24.10.09), 10 QSOs
4. CQ WPX Contest 2010 (28.3.10), 20  QSOs
5. CQWW Contest 2010 (30-31.10.10), 58 QSOs
6. ARRL 10m SSB Contest 2010 (11-12.12.10), 15 QSOs
7. Japan International DX Contest 2010 (13-14.11.10), 6 QSOs - 1st in West Malaysia
8. CQ WPX Contest 2011 (28.3.11), 20 QSOs
9. All Asia Contest 2011 (3-4.9.11), 114 QSOs - 1st in West Malaysia
10. Ocean DX Contest 2011 (1-2.10.11), 10 QSOs
11. CQWW Contest 2011 (29-30.10.11), 39 QSOs - QRP mode
12. ARRL 10m Contest 2011 (10.12.11), 70 QSOs
13. CQ WPX Contest 2012 (24-25.3.12), 264 QSOs
14. IARU HF World Championship 2012 (14-15.7.12), 23 QSOs

Namun penyertaan secara rasmi saya dalam contest bermula pada 2010 kerana contest sebelumnya, saya tidak menghantar log... Kenapa perlu hantar log? Supaya stesyen yang kita bekerja semasa contest tersebut akan dapat disahkan dan akan mendapat mata/markah... jadi... hantarlah log walaupun 1 QSO!

Pencapaian terbaik setakat ini semasa CQ WPX 2012 dengan 264 QSOs dan mendapat pengiktirafan "1st in W.Malaysia" bagi All Asia Contest 2011 dan JIDX 2010.

Disebalik penyertaan saya dalam contest ini, terselit peristiwa lucu yang berlaku pada 2008... kisahnya begini...

A: "You are 59 058. What is my report and my number?"
B: "You are 59 but i dont have any number for you... this is my first contact on 10m..."
A: "Ok... you start with 001."
B: "QSL... you are 59 001."

My First Contact with Mr Carl VR2CB during WPX SSB Contest 2008
Bila teringat kembali peristiwa tersebut, pasti mengundang senyum sendiri.... kisah benar pengalaman pertama bekerja di 10m band dan sekaligus contest pertama! Sebelum ini hanya kosong saja di 10m band dan hasil hari itu saya bekerja 6 DX stn buat pertama kalinya... Tak sangka pula hari itu ada CQ WPX Contest... dan tak tahu pun pasal contest... tapi sejak peristiwa tersebut... saya belajar dan mencari maklumat tentang sesuatu contest dan peraturannya.

Ini ada satu lagi kisah benar berkaitan contest berlaku kepada sahabat saya...

A: "Your are 59 28..."
B: "QSL 59 28... and you are 59 01..."
A: What? Comfirm your are 01? ONE years old?!!!... please your age again..."
B: Sorry... i think a serial number... ok my age 31... so your are 59 31.."

Moral of the stories.... dapatkan maklumat contest terutama exchange info dan peraturan sesuatu contest.... hi hi

Biasanya exhange info contest berbeza-beza. Biasanya exhange yang diperlukan adalah:
RST + Serial Number / RST + Age / RST + CQ Zone / RST + ITU Zone dan sebagainya. Jadi langkah terbaik.... dapatkan info contest yang hendak disertai...

Antara persiapan yang perlu apabila mengikuti contest adalah...

1. Anda sebagai operator - siap sedia utk duduk mengadap rig sepanjang hari... hi hi
2. Radas dalam keadaan terbaik
3. Tahu info contest seperti exchange info yang diperlukan... boleh didapati di sini http://www.hornucopia.com/contestcal/index.html
3. Perisian Log - memudahkan pengiraan markah dan penyediaan fail txt (cabrillo format) untuk dihantar kepada penganjur... saya syorkan perisan N1MM - http://n1mm.hamdocs.com/tiki-index.php?page=HomePage

Selamat berContest!!!


Analisis Ringkas penyertaan dalam All Asia Contest SSB 2012

$
0
0
Sekali lagi saya berkesempatan menyertai All Asia Contest SSB 2012. Tidak banyak persiapan yang dilakukan... meneruskan sahaja setup stesyen sedia ada - Rig Yaesu FT897D + ATU FC-30 + original mic dengan antenna Yagi 3 element ketinggian 10m. Sesekali dibantu audio player dari laptop Acer ASpire TimelineX untuk membuat panggilan CQ Contest.... hi hi....

QSL image for VU3KPL
VU3KPL
Secara ringkas, berikut analisis ringkas AA SSB 2012.
QSOs = 207
DXCC = 45 (Termasuk 2 DXCC baru - Argentina dan Vietnam)
Points = 36,090

Stn sama umur dgn saya 39thn = EA7KB, IZ2KPE, BG4FRZ & VU3KPL.
Opr plg muda 17 thn : JF1ROR & JG1WBB
Opr Otai 77 thn : JA3EY
Opr YL : DL1QQ, VU2SWS, JH1ACA & DL1ICB

Kategori umur plg aktif
1. 50-59 thn = 61 stn
2. 40-49 thn = 50 stn
3. 60-69 thn = 45 stn  

Memandangkan usia saya 39 tahun pada contest ini, maka saya menggunakan frekuensi yang ada kaitan dengan tahun kelahiran (73) dan umur (39) sebagai frekuensi memasang jerat. Hasilnya, pada 1.9.2012 di frekuensi 28.473 (7 stn), 28.339 (8), 28.439 (14) dan 28.539 (24).  Pada 2.9.12 pula di frekuensi 28.439 (23) dan 28.539 (48). Hasil memasang jerat sebanyak 124 stesyen. Selebihnya kena pergi memburu satu persatu....  

DXCC paling aktif adalah dari negara Matahari Terbit iaitu sebanyak 38.6% atau 80 stesyen daripada jumlah keseluruhan stesyen yang berjaya dihubungi.   Didapati masih ada stesyen yang menyangka exchange contest sebagai nombor siri dan bukannya umur kerana ada yang memberikan saya exchange dengan 001.... bila diberitahu contest ini memerlukan exchange umur... terus ada yang menarik diri.....hi hi.  

Apa pun... tahniah kepada rakan2 My10Mg yang mengambil bahagian dan yang memberi sokongan moral sepanjang contest berlangsung...   Bak kata Zaki 9M2ZAK... siapa yang terlepas kapal... tiket tak boleh refund.. so tunggu tahun depan je la... Jumpa lagi di All Asia Contest SSB 2013....hi hi

Kejutan di 10m 'Magic' Band...

$
0
0
Tekojut + teruja.... apa tidaknya... tetiba sahaja stn USA muncul di 10m... ketika itu antenna di hala ke EU menunggu kemunculan stn EU yang mengambil bahagian dalam WAE (Work All Europe) Contest. Kali ini propagasi agak 'magic' kerana kebiasaannya bekerja dengan USA adalah ketika waktu pagi sekitar 0800 - 1000 am waktu tempatan (0000utc -0200utc) dan antenna di arah ke NE atau sekitar 30-40 deg. utara. Namun semasa dua QSO pertama, antenna menghala ke EU dan selepas itu baru dihala ke 0 deg utara dan jam pula sekitar jam 2300 pm waktu tempatan (1500utc)....

Tombol FT897D terhenti di frekuensi 28.431 USB apabila terdengar callsign N8II membuat panggilan CQ. Setelah pasti callsign tersebut... cubaan pertama dibalas dengan signal 53... so astablished contact pada 1500 utc... Selang 5 minit satu lagi stn USA, K3RA terus masuk memanggil saya setelah N8II memberi 73... seterusnya saya pindah dan 'parking' di 28430 untuk panggilan serampang tiga mata - CQ DX USA, CQ DX EU & CQ Contest WAE - pendek kata semua sapu!!!

so pada 9 September 2012 dari 1415 - 1650utc, berjaya bekerja 15 stn...
DX USA stn X 7 - N8II, K3RA, N3U, N8XQM, KJ4JSQ, K3LU, KB3BZ
DX EU stn X 3 - IT9DDS, IW9CTR, DP9A
Contest WAE stn x 5 - 4O3A, LZ2HM. LZ2FQ, SV1JGX, SV3EXW


QSL image for N8XQM QSL image for KJ4JSQ QSL image for K3BZ
Doug N8XQM | Bill KJ4KSQ Base stn | Jerry K3BZ
Blizzard 2010
Ulis K3LU Base stn


Panduan Penyediaan "Contest Log", "Cabrillo Format" menggunakan N1MM Logger dan Menghantar Email Kepada Contest Admin

$
0
0
Site Logo Dapatkan N1MM di sini :
http://n1mm.hamdocs.com/tiki-index.php?page=HomePage
Nota : Bagi yang pertama kali muat turun perisian ini, anda perlu muat turun dan pasang "Full Install". Kemudian muat turun dan pasang"Latest Updates".

 Dapatkan info Contest sepanjang tahun melalui web Contest Calender di sini :
http://www.hornucopia.com/contestcal/contestcal.html

Bagi rakan yang baru menyertai Contest dan hendak menghantar log kepada penganjur, berikut adalah panduan penyediaanContestLog menggunakan N1MM Logger. Seterusnya mencipta fail Cabrillo untuk dihantar kepada penganjur melalui email. Sebagai contoh, saya akan mencipta Contest Log untuk Oceania DX Contest - Phone 2012 yang akan berlangsung pada 0800Z, 6 Okt 2012 - 0800Z, 7 Okt 2012 nanti...

Aktifkan program N1MM Logger
Tingkap Manual - A dibuka.
[1] klik "File"
[2] klik  "New Database"







Tingkap baru "Create New Data Base" dibuka.
Adalah dicadangkan nama database itu mengikut nama contest yang disertai.[3] File name: OceaniaDX_ssb_2012
Simpan fail database dalam satu folder yang senang untuk dicari semula... dan klik "save".
Seterusnya, pergi semula ke tingkap Manual - A.
klik [4] "File", kemudian klik [5] "New Log in Database".












Tingkap baru  "C:\N1MM Logger\ contest cabrillo file\OceaniaDX-ssb_2012.mdb"* akan dibuka.
* Nama folder yang dipapar mengikut di mana fail database itu disimpan.

Langkah seterusnya pada bahagian Select Contest Type for New Log:
[6] Log Type :- pilih ALLASIASSB (atau pilih contest lain yang berkenaan)
[7] Start Date :- abaikan... tarikh akan secara automatik mengikut masa sebenar semasa mengisi log QSO.




Pada bahagian Contest pula
[8] Operator Category :- pilih SINGLE OP (atau kategori yang anda sertai)
[9] Band Category :- 10M (atau kategori band lain seperti ALL)*
[10] Power Category :- LOW (atau QRP/HIGH)
[11] Mode Category :- SSB (atau CW/RTTY/PSK/DIGITAL/MIXES)*
[12] Overlay Category :- N/A
[13] Sent Exchange :- 001 (No. Siri/Umur/No. CQ Zone/No. ITU Zone)*
[14] Operator :- 9W2VVH (atau callsign anda)
[15] Soapbox Coments :- biar kosong
* Mengikut contest yang disertai
Setelah langkah 6 - 15 selesai, klik [OK].

Sekarang, Contest Log anda sedia untuk diguna...
Tingkap Manual - A
[16] Ruang ini digunakan memasukkan (a) Frekuensi dan (b) Callsign
a. Memasukkan frekuensi  secara Umum :- 28000 (untuk menunjukkan anda dalam 10m band) dan tekan [ENTER], atau secara khusus iaitu memasukkan frekuensi bagi setiap stesyen contest yang anda hubungi seperti 28490 dan tekan [ENTER].

b. Selepas itu barulah masukkan di ruang [16] dengan callsign Contest Stn berkenaan.

Nota: Jika anda ingin menukar frekuensi lain untuk stesyen yang lain, masukkan frekuensi baru di ruang [16], contohnya 28480 dan tekan [ENTER] diikuti Callsign Contest Stn tersebut.
[17] Snt :- RST menghantar (my RST). N1MM automatik memberi RST 59. RST boleh diubah. [18] SntNR :- N1MM automatik memasukkan nombor siri mengikut urutan.
[19] Rcv :- RST diterima (His RST). N1MM automatik memberi RST 59. RST boleh diubah.
[20] RcvNR :- Anda masukkan Exchange Contest (No. siri/Umur/dll) yang diterima.

Selesai langkah 16 - 20, tekan [ENTER]. Sekarang log stesyen tersebut telah dimasukkan dalam database seperti di paparan log [21]. Jika tingkap paparan log [21] tidak keluar, anda perlu klik "Window" dan klik "Log"

Untuk edit tarikh/masa, dan lain-lain maklumat, klik pada barisan callsign yang hendak diedit (barisan tersebut akan berwarna biru seperti yang ditunjukkan pada [21]). Kemudian klik kanan pada barisan tersebut dan pilih "Edit Contact". Selesai edit dan tekan [ENTER] or klik "Update"

PASTIkan anda memasukkan callsign dan exchange dengan betul bagi mengelakkan anda kehilangan markah. Jika semua data dan maklumat contest telah selesai dimasukkan dan selesai diedit.

Langkah seterusnya adalah untuk menciptaFail Cabrillo.

Tingkap Manual - A
[22] Klik  "file", 
[23] Klik "Generate Cabrillo File"  











Paparan tingkap seterusnya seperti berikut:
SENT EXCHANGE =
no. siri/umur/dll (mengikut contest yang disertai)
klik "OK"










Tingkap baru seperti berikut dipaparkan - Cabrillo Export.
[24] Beri nama file cabrillo itu dengan callsign + nama contest dan simpan dalam folder yang senang dicari semula - memudahkan untuk attachment dalam email nanti.

Kemudian klik "Save".











Kini Cabrillo fail anda telah siap dan sedia untuk proses selanjutnya....






















Menghantar Fail Cabrillo kepada pengajur contest melalui email.
Aktifkan akaun email anda. sebagai contoh, saya menggunakan akaun gmail.
Klik "COMPOSE" dan tingkap seperti berikut dipaparkan.

[25] To : alamat email penganjur contest - rujuk Contest Calender.
[26] subjek : callsign anda sahaja
[27] Attach file : fail cabrillo yg anda save tadi.... cari le balik kat mana anda simpan... ye! hi hi
[28] Ruang ini biar kosong... tak payah tulis apa-apa pun... yang baca email ni nanti adalah program robot...

Klik "SEND"

so penghantaran log = DONE

Biasanya akan dapat pengesahan penerimaan log anda drp admin contest tak sampai seminit lepas tu!

Contoh pengesahan daripada admin contest yang saya terima apabila menghantar contest log untuk All Asian DX SSB Contest 2012 pada september lalu:















Diharap anda dapat manfaat daripada panduan ini dan hantarlah contest log anda walaupun 1 QSO kerana ia sangat bermakna kepada para contester! :)

73 de Arie 9w2vvh


MY10Mg DXers Outing

$
0
0

22 hb Sept 2012 ( Sabtu) * local time
1200 hrs Lapor Diri Di Pekan Kuala Kubu Bharu
[0400 UTC - Check in at nearest town called Kuala Kubu Bharu]
1300 hrs Makan Tengahari/Solat/Rehat
1530 hrs Bergerak ke Lokasi
1630 hrs Setup Peralatan, Minum, Dxing, Solat,
[0830 UTC - Setup station/antenna - Start DXing depand on propagation]
2000 hrs Makan Malam@BBQ, Dxing sampai pagi, Solat, Sharing Session

23hb Sept 2012 ( Sabtu/Ahad ) * local time
0600 hrs Urus Diri/Solat
0700 hrs Sarapan Pagi
0800hrs Sambung DX, "Borak-Borak Dxing"
[0000 UTC - Calling CQ DX]
0930 hrs Malaysia 40M Net #NCS portable by 9M2TPT backup by 9M2RDX
[0130 UTC - Malaysia 40M Net @ 7.130 MHz]
1100 hrs Mengemas kawasan, Persiapan Balik ke Pekan Kuala Kubu Bharu
[0300 UTC - QRT/Dismantle station/antenna]
1230 hrs Makan Tengahari/bersurai

Pse contact Event Mgr Mr. Han 9W2SBD [9w2sbd@gmail.cm] for latest info.



Good luck my friend... Good DX 73

Ulang Tahun Ke-18 Kenal Radio Amatur....

$
0
0
Tarikh 14 Oktober 2012 genaplah ulang tahun ke-18 perkenalanku dengan Radio Amatur. Ketika itu aku merupakan ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Universiti Pertanian Malaysia (Kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia) yang bertugas sebagai urusetia Jamboree On The Air (JOTA) ke-37 dengan callsign 9M2DS di Kem Pengakap Sardon Jubir, Cheras, Selangor pada 14-16 Oktober 1994.

Di situlah aku berkenalan dengan  Abdullah Abdul Samad - 9M2DS (Arwah - al-Fatihah) atau lebih mesra dengan panggilan Pak Dollah Dondang Sayang. Melalui Pak Dollah aku mendapat pengetahuan radio amatur dan belajar cara menggunakannya. Masihku ingat lagi, aku dan rakan-rakanku dapat berkomunikasi dengan stesyen JOTA di Pulau Pinang. Peluang dapat berkomunikasi ini digunakan sebaiknya. Aku juga dapat berhubungan dengan beberapa stesyen JOTA Pramuka Indonesia....

Berikut adalah keratan akhbar yang masih kusimpan hingga kini. Terbit dalam Utusan Malaysia cuma aku tidak mencatat bila berita tersebut disiarkan....yang pasti gambar tersebut bertarikh 15 Oktober 1994. Inilah detik bersejarah diriku dengan radio amatur. Dalam ramai-ramai tu, nampaknya hanya 2 orang sahaja yang meneruskan minat dalam radio amatur iaitu saya - bermula dengan callsign 9W6VH dan kemudian 9W2VVH dan Norazam Ibun 9W2ZPD.

Anak Panah Hijau - Saya le tu...Hussairy 9W2VVH (ex-9W6VH)
dan anak panah putih - Norazam Ibun 9W2ZPD.
 
Viewing all 42 articles
Browse latest View live