KEMAS KINI / Update : 12/3/2015 1020 mst
6 Mac 2015 (Day 1 : Melaka - Bandar Enstek : 111km)![]()
Maklumat awal saya dapat daripada Norzaiham Nazley 9W2DYA melalui posting beliau di FB mengatakan Ringo BH4BPO sedang berbasikal dari Malaysia ke Cina. Di Malaysia, Ringo memulakan kayuhannya dari Bandar Melaka dan balik ke base di Shanghai. Difahamkan, Ringgo tiba di KLIA 2 pada 4 Mac 2015. Kemudian menaiki bas ke Melaka. Setelah 2 hari di bandar Melaka Ringo memulakan Projek Kayuhan Malaysia - China pada 6 Mac 2015. Melalui aplikasi APRS, Ringgo di kesan menggunakan laluan No. 5 menuju ke Lubuk China, melalui Sungai Udang, Kemudian melalui Linggi, Port Dickson dan Sepang. Kemudiaanya bermalam di Bandar Enstek.
7 Mac 2015 (Day 2 : Bandar Enstek - Telok Panglima Garang : 45km)Dari Bandar Enstek, Ringgo memulakan kayuhannya agak lambat juga, Didapati menjelang tengahari baru Ringgo berkayuh semula menuju ke Sepang dan menyelusuri jalan pantai laluan No. 5 melalui Sungai Pelek, Tanjong Sepat, Morib, Banting dan sampai di Telok Panglima Garang sekitar jam 7.00 petang dan bermalam di sana
8 Mac 2015 (Day 3 : Teluk Panglima Garang - Sungai Besar : 114km)Pemerhatian di APRS, Ringgo kemudiaannya berkayuh menuju ke pekan Kelang. Sekitar jam 10.40 pagi, Ringgo dikesan berasa di Jeram dan menuju ke Kuala Selangor.
![]() |
Helmi 9W2VMH bersama Ringo BH4BPO |
Di Kuala Selangor, Helmie 9W2VMH berkesempatan berjumpa Ringgo di kasawan Assam Jawa. Helmie mendapat info kedudukan Ringo melalui info yang saya post dalam Whatapss Victory Call Group, Mengikut maklumat awal daripada Ramzi 9W2VMH, Ringo akan berbasikal ke Sekinchan dan bermalam di sana.
![]()
Melalui aplikasi APRSDroid, saya (9W2VVH-5) menghantar mesej kepada Ringo BH4BPO-5 mengatakan saya berada di Sungai Besar, kira-kira 60KM dari Kuala Selangor. Mesej saya di balas dan Ringo menyatakan akan menuju ke Sungai Besar. Nampaknya, Ringo mengubah fikiran untuk meneruskan kayuhan sehingga ke Sungai Besar.
Kira-kira jam 6.30 petang, Ringo tiba di Sungai Limau, tempat saya menunggu di tepi jalan dan dapat bersama-sama berkayuh dan berhenti rehat di Sungai Limau Resort sambil menunggu Romzi 9W2TZE sampai. Juga berkayuh. Di situ, dapat memperkenalkan isteri saya Azura 9W2VVQ bersama anak-anak saya yang sedang mandi kolam di resort tersebut. Sekitar jam 7.00 petang, kami (VVH, TZE & BPO) berkayuh menuju ke hotel penginapan Ringo di pekan Sungai Besar.
![]() |
Ham Cycling.... 9W2TZE, BH4BPO & 9W2VVH. |
![]() |
9W2TZE, 9W2VVH, BH4BPO & 9W2VLH. Cameraman: 9W2VVQ |
Sebelah malamnya, berkesempatan makan malam di Tonggak 10. Ringo ingin merasa makanan tempatan sahaja malam itu... Antara rakan radio yang berkesempatan bersama, Romzi 9W2TZE dan keluarga, Lokman Hakim 9W2VLH dan Azura 9W2VVQ bersama harmonic.
9 MAC 2015 (Day 4 : Sungai Besar - Kampar : 93km)Sekitar jam 7.30 pagi, apabila tracking aprs, saya dapati Ringo berada di Bagan Sungai Besar. Selepas selesai urusan menghantar harmonic ke sekolah, saya menjejaki Ringo di sana dan nampak Ringo sedang menikmati sarapan paginya di sebuah restoren masakan cina. Saya tunggu sehingga Ringo selesai makan barulah saya keluar dari jalopy... dan dia agak terkejut bagaimana saya boleh mengesen kedudukannya... saya kata tentu dari APRS! Selepas itu, kami bersalaman dan saya mengucapkan selamat jalan.... Seterusnya sekitar 8.30 pagi, Ringo memulakan kayuhan hari ke-4, Ringo akan menuju ke Ipoh melalui Teluk Intan. Tapi katanya mungkin dia akan berhenti di Kampar.
Good Bye, Good Luck & Save Journey Ringo BH4BPO. 73 de Arie 9W2VVH
note: Ringo BH4BPO can track via this link :
http://aprs.fi/#!mt=roadmap&z=13&call=a%2FBH4BPO-5&timerange=3600&tail=3600![]() |
9W2XKT, BH4BPO & 9W2EXB |
Seperti dijangka, Ringo sampai di Teluk Intan menjelang tengah hari. Di sana, dua orang rakam ham iaitu Amir 9W2XKT dan Rizal 9W2EXB menunggu Ringo di Dataran Menera Jam Teluk Intan. Sebenarnya Amir telah mengikuti perkembangan Ringo juga melalui aplikasi aprs.fi.
Kemudiaannya, Ringo meneruskan kayuhannya menuju ke Kampar melalui Sungai Manik, Langkap dan Air Kuning.
Menariknya, semasa saya tracking aprs kedudukan Ringo, saya ternampak satu stesen Saiful 9W2HKR-5 berada sekitar bandar Kampar. Kemudiannya saya menghantar msg kepada Saiful menyatakan Ringo dalam perjalanan ke Kampar dan ketika itu, Ringo berada di Air Kuning. Saya mendapat msg daripada Ringo bahawa di terkandas di situ kerana hujan lebat dan tayar basikalnya pancit. Setelah hujan reda, Ringo meneruskan kayuhan ke Kampar.
![]() |
Perjalanan 4 hari Ringo BH4BPO dari Bandar Melaka ke Kampar |
Seronok juga melihat kedua-dua stesen bergerak menghampiri satu sama lain dan ahkirnya saya dapati kedua-dua stesen menjadi satu titik sahaja - menunjukkan mereka telah bertemu dan pastinya bersamalam di daratan. Selepas itu, didapati 9W2HKR-5 mengiringi BH4BPO-5 menuju ke Kampar. Akhirnya, melalui pandu arah oleh Saiful 9W2HKR, Ringo memilih hotel bajet berhampiran Tesco Kampar.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN RADIO AMATUR MALAYSIA yang memberikan satu pengalaman manis buat sahabat kita Ringo BH4BPO sepanjang beliau berkayuh di sini... saya akan kemas kini perjalanan beliau sehingga sampai ke Shanghai secara ringkas.
10 Mac 2015 (Day 5 : Kampar - Ipoh : 37km).
Melalui pemerhatian di aprs.fi, sehingga jam 9.00 pagi, didapati Ringo masih berada di Kampar. Sekitar jam 10 pagi baru kelihatan pergerakan Ringo di Pekan Kampar - mungkin mencari tempat bersarapan. Sekitar jam 12 tgh saya mendapat msg daripada Ringo mengatakan bahawa dia baru check out hotel dan membaiki brek dan tayar basikalnya sebelum meneruskan kayuhan ke Ipoh.
![]() |
Ringo BH4BPO & Azrol 9W2AEK |
Sekitar jam 1.10petang, sekali lagi mendapat msg daripada Ringo bahawa di sedang menuju ke Hutan Lipur Gua Tempurung. 2.30 petang baru Ringo bergerak semula ke laluan utama menuju ke Ipoh. Menjelang 3.15 petang, beliau sudah melepasi pekan Gopeng. Ringo sampai di pusat bandar Ipoh pada jam 4.30 petang.
Pergerakan Ringo saya monitor di aprs.fi. Ketika Ringo berada di Jalan Sultan Azlan Shah, Saya dapati Azrul 9W2AEK-5 juga sedang berada di jalan yang sama lalu saya telefon dan memberi tahu Azrul bahawa Ringo berada di laluan yang sama. Akhirnya, Azrol 9W2AEK berjaya 'menangkap' Ringo BH4BPO di tepi jalan.
![]() |
Web Worm Showers untuk komuniti Cyclist seluruh dunia |
Selepas itu, Ringo meneruskan kayuhannya ke Bercham mencari rumah kawannya, Micheal, juga seorang 'cyclist' yang dikenalinya melalui
warmshowers.org. Namun sebelum itu, Ringo kelihatan berpusing-pusing di sekitar kawasan itu sebelum akhirnya berjaya sampai ke rumah Micheal.
Saya bertanya (whatapss) kepada Ringo apa perancangan kayuhannya untuk esok (11 Mac). Ringo mengatakan bahawa dia mensasarkan Taiping sebagai destinasi seterusnya. Saya mencadangkan Ringo menggunakan laluan No. 1 dari Ipoh ke Taiping melalui Kuala Kangsar.... dan Ringo bilang..."good idea".
11 Mac 2015 (Day 6 : Ipoh - Taiping : 85km)Ringgo bergerak dari rumah kawannya Michael sekitar jam 9.00 pagi. Kemudian Ringo mengikut laluan A13 sebelum masuk ke laluan No. 1 di Chemor. Sekitar jam 11 pagi, Ringo didapati berada di pekan Sungai Siput dan terus menuju ke Kuala Kangsar.
Sebaik sampai di Kuala Kangsar sekitar jam 12.30 tengah hari, Shah 9M2SGN, Along 9W2AUK dan Danial 9W2DLC telah menunggu. Sambil beramah mesra, Ringo dihidangkan dengan air kelapa muda dan laksa Kuala Kangsar. Selepas itu, Ringo mengambil kesempatan meninjau sekitar Kuala Kangsar termasuk ke Masjid Ubaidiah.
![]() |
Ringo BH4BPO & Jamil 9W2VZO |
Perjalanan Ringo seterusnya melalui Kg. Talang, Kg. Binjai, Padang Rengas, Bukit Gantang, Changkat Jering dan Taiping. Di laluan ini, Ringo berdepan jalan berbukit dan difahamkan terpaksa melawan angin yang datang dari arah depan.. Ringo telah dispot di Bukit Gantang oleh Jamil 9W2VZO yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke Taiping dari Ipoh. Kesempatan itu, Jamil memukat Ringo dan sempat bersalaman di Cangkat Jering.
![]()
Ringo meneruskan kayuhan 9 KM terakhirnya ke Taiping melalui jalan Air Kuning (A109) sebelum mencari hotel penginapan di berhampiran Agro Bank Taiping sekitar jam 6.30 petang. Difahamkan, Ringo akan bertemu rakan-rakan ham Taiping (Jamil 9W2VZO, Hakimi 9W2WUS dan Azurin 9W2KRX, Noraizal 9W2PCX, Sham 9W2WTO, SWL Zam dan tidak ketinggalan Asri 9W2VRD) untuk dinner.
Sebelum itu, dari pemerhatian di aprs.fi, Ringo sempat 'night view' mengelilingi Taman Tasik Taiping dan kawasan sekitarnya. Ingatkan Ringo berkayuh tadi... rupa-rupanya Jamil yang bawa Ringo dengan jalopynya... hi hi
Sehingga samm\pai di Taiping, Ringo telah mencatatkan sejumlah 605 km kayuhan keseluruhan.
12 Mac 2015 (Day 7)
Taiping - Kuala Sepetang : 15kmKali ini Ringo bergerak awal pagi dan berkayuh mengelilingi Tasik Taiping. Ringo bercadang untuk berada di Taiping pada hari ini. Pagi ini, Ringo berkayuh ke Kuala Sepetang. Sekitar jam 9.20 pagi, Ringo sampai di Kuala Sepetang. Sempat dia bergambar selfie dan pemandangan. Selepas itu menikmati sedikit sarapan. Mee Udang belum ada... Bagaimana pun, Ringo mengubah rancangan asalnya dengan mengambil keputusan meneruskan kayuhannya ke Butterworth.
Kuala Sepetang - Butterworth : 90kmJam 10 pagi, Ringo memulakan kayuhan menuju ke Butterworth dari Kuala Sepetang. Katanya kali ini agak mengejar masa untuk sampai ke Butterworth...